Wednesday, 9 August 2017
Langkawi : Cuti Sekolah & Hari Raya Korban 2017
Pengembaraan, Percutian dan Hari Raya Haji
Bulan Ogos merupakan sambutan hari kemerdekaan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Tetapi untuk tahun ini (2017) 31 Ogos 2017 telah jatuh pada hari khamis dan terus dirapati oleh satu lagi hari bersejarah bagi umat Islam di seluruh dunia dan Malaysia iaitu hari Raya Haji.
Lihat tarikh :
25/8/2017 (Kedah, Kelantan, Terengganu & Johor) sudah bermula cuti sekolah)
26/8/2017 (selain negeri di atas bermula cuti sekolah)
31/8/2017 : cuti umum Hari Kemerdekaan
1-2/9/2017 : Hari Raya Haji
3/9/2017 : bagi negeri yang bercuti hari Jumaat cuti diganti pada hari ini.
Perancangan Cuti :
Bagi Cuti Sekolah : bermula dari 25/8 - 3/9/2017 (bagi ibu bapa dan guru boleh merancang)
Bagi Cuti Umum : bermula dari 31/8 - 3/9/2017 (bagi pekerja cuti tahunan dan cuti biasa)
Cadangan untuk perancangan percutian anda :
Kenderaan : Jika anda bercadang untuk bercuti lama, di cadangkan anda membawa masuk kenderaan
anda sendiri menggunakan perkhidmatan feri (Langkawi auto express & Langkawi roro)
http://langkawiauto.com/content/home/index/site:langkawiauto-link:1537
http://www.langkawiroro.com/
Berlepas dari Jeti Kuala Perlis ke Tanjung Lembung Langkawi.
Memberi lebih keselesaan kepada anda terutama yang bekeluarga
Aktiviti : Hari Raya Haji boleh di sambut di masjid-masjid yang berdekatan anda
Selalunya masjid-masjid akan membuat korban secara gotong royong
Bolehlah merasai pengalaman ini bagi yang belum pernah merasainya
Masjid : Masjid Al Hana (Kuah) 6.318056, 99.852774
Masjid Aisyah (Jln.Padang Mat Sirat)6.328053, 99.818579
Masjid Al Ehsan (Temoyong) 6.300662, 99.737276
Al Huda Masjid ( Padang Mat Sirat) 6.351847, 99.728534
Masjid Ayer Hangat ( Ayer Hangat) 6.428990, 99.799475
Senarai masjid dan lokasi ini diharap dapat membantu jika anda merancang untuk bercuti dan berhari raya di Langkawi. Anda boleh lihat penginapan anda berdekatan dengan masjid mana, untuk memudahkan anda menunaikan solat sunat aidiladha serta mungkin dapat melihat ibadah korban yang mungkin di anjurkan di masjid-masjid tersebut .
Bercuti, Berhari Raya satu pengalaman di Langkawi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment