BAGAIMANA HENDAK
BERCUTI DENGAN MEMBAWA KENDERAAN SENDIRI KE PULAU LANGKAWI
Sebagaimana semua orang maklum untuk datang masuk ke Pulau Langkawi
samada bertujuan untuk melancong, perniagaan, berkursus dan sebagainya hanya
terdapat dua laluan sahaja.
Laluan tersebut
melalui:
1. Udara (kapal terbang)
2. Laut(feri)
Apabila sampai di pulau, untuk bergerak ke sana dan ke sini kita perlu
menggunakan pengangkutan awam atau pun kenderaan sewa. Ramai yang tidak tahu bahawa
kenderaan anda samada kereta atau motorsikal boleh di bawa masuk ke dalam pulau
ini. Ini merupakan salah satu kaedah alternatif untuk anda melancong atau apa
tujuan sekali pun di pulau ini. Malah jika berada di pulau ini melebihi 3 hari
(pandangan peribadi) kos akan lebih
jimat dengan menbawa kenderaan sendiri.
Pekhidmatan membawa kenderaan
masuk ke pulau:
Membawa kenderaan bersama
pemandu & penumpang sekali
1. Langkawi Auto Express
(http://langkawiauto.com)
2. My
RORO (http://www.langkawiroro.com/)
·
Merupakan 2 buah syarikat yang beroperasi membawa kenderaan
bersama penumpang sekali.
·
Beroperasi dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti
Tanjung Lembung Langkawi (dari KK Perlis)
·
Beroperasi dari Jeti Tanjung Lembung ke Jeti
Kuala Perlis (dari Langkawi)
·
Jadual dan harga boleh rujuk laman web syarikat
·
Perkhidmatan mereka seperti feri Penang tetapi
feri syarikat-syarikat ini sangat elok dan baharu
·
Tempat duduk lebih selesa dari menaiki feri
biasa ke Pulau Langkawi dan sesuai untuk yang bekeluarga
·
Syarikat-syarikat ini beroperasi setiap hari
·
Bukan setakat kereta , bas dan lori juga dapat
menaiki feri ini
Perkhidmatan Kargo membawa
kenderaan
1. Wantas Shipping (Langkawi)
Sdn. Bhd.
04-762 4130, 762 7188 (Kuala Kedah)
04-9662233 /55 / 66 / 77(Langkawi)
2. PERTIWI SHIPPING SDN. BHD
(60) 4-966 4240 (Tanjung Lembung Langkawi)
(60) 4-762 2202 (Kuala
Kedah)
3. BERSATU SHIPPING
(60) 4-966 0060 / 2053
(Tanjung Lembung langkawi)
(60) 4-762 1141 / 2127 (Kuala Kedah) | |
·
Perkhidmatan ini juga dijalankan setiap hari
·
Bagi yang datang dari luar anda dikehendaki
menghantar kenderaan ke Kuala Kedah (sebelah jeti Kuala Kedah)
·
Perjalanan kenderaan anda selalunya mengambil
masa satu hari untuk perjalanan kargo ini
·
Contohnya anda dating pada hari isnin pagi untuk
hantar kereta ke sayrikat kargo, anda boleh mengambil kereta anda di Langkawi pada
hari selasa
·
Anda tidak boleh naik bersama kenderaan anda dan
anda perlu menaiki feri penumpang untuk ke Pulau Langkawi
TIPS
·
Jika anda hendak menggunakan mana-mana
perkhidmatan dinasihatkan membuat panggilan terlebih dahulu untuk membuat
tempahan atau bertanyakan sebarang kemuskilan
·
Tidak digalakan untuk “wal in “ terus untuk
mendapatkan mana perkhidmatan dibimbangan kargo atau feri penuh (permintaan
tinggi)
·
Harga dan jadual mengikut syarikat yang
menyediakan perkhidmatan
·
Bagi perkhidmatan feri membawa kenderaan bersama
penumpang akan ada harga tiket akan dikenakan kepada penumpang yang menaiki
kenderaan sekali hanya pemandu sahaja tidak dikenakan bayaran.
Selamat
bercuti dan buatlah perancangan yang bijak
No comments:
Post a Comment