Thursday, 12 March 2015

LIMA’15 : Tips Melancong ke Pulau Langkawi



LIMA’15 : Tips Melancong ke Pulau Langkawi

LIMA’15 singkatan kepada LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME & AEROSPACE merupakan sebuah acara yang hebat dan terbesar di Pulau Lagenda ini. Melalui acara ini ianya menjadi tarikan kepada pelbagai lapisan orang dengan pelbagai tujuan untuk hadir ke Pulau Langkawi. Di sini terdapat beberapa tips untuk melancong semasa acara terbesar ini berlangsung:
MAKLUMAT LIMA’15:
Tarikh                          : 17 – 21 March 2015
Lokasi                          : Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
                                      Resort World Langkawi
Laman Sesawang       : http://www.lima.com.my/
FB                               : https://www.facebook.com/limaexhibitions

LALUAN MASUK PELANCONG KE PULAU LANGKAWI:
1.    Jeti Kuala Perlis
2.    Jeti Kuala Kedah
3.    Dari Satun Thailand
4.    Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi

TIPS PENGANGKUTAN SEMASA DI LANGKAWI:
Di Langkawi pelancong boleh mendapatkan perkhidmatan pengangkutan seperti Teksi/Kereta Sewa/Motor Sewa/Van Sewa. Bagi yang ingin mendapatkan kenderaan sewa, (kereta/motor) masa ini dikategorikan sebagai (masa puncak) sebab LIMA’15 dan cuti sekolah. Jadi harga selalunya melebihi hari biasa. Selalunya keadaan kenderaan juga tidak sebaik yang di harap. Tips untuk menyelesaikan masalah ini ( kaedah ini mungkin lebih jimat dari menyewa)
1.    Membawa masuk kenderaan anda ke Pulau Langkawi ini kerana terdapat syarikat yang menguruskan perniagaan ini.
·         MELALUI KARGO :
ü  menghantar kereta ke Jeti Kargo Kuala Kedah (kena hantar sehari/dua hari awal) dan kereta anda akan dihantar ke Langkawi (Tanjung Lembung)
ü  terdapat beberapa syarikat yang menguruskan perniagaan ini  :                                                                                   
Wantas Shipping (Langkawi) Sdn. Bhd: 04-7624130
Bersatu Shipping : 04-9660060
·         MELALUI FERI (KERETA & PENUMPANG BERGERAK SEKALI):
ü  Menghantar kereta dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Tanjung Lembung Langkawi
ü  Feri ini boleh membawa kenderaan bersama penumpang pada masa yang sama
ü  terdapat beberapa syarikat yang menguruskan perniagaan ini  :                                                                                   
Langkawi Auto Exprese : https://www.facebook.com/LangkawiAutoExpress
Web: http://langkawiauto.com/content/home/index/site:langkawiauto-link:1537
Langkawi RORO(My RORO) : http://www.langkawiroro.com/

Anda boleh membuat perkiraan terlebih dahulu dengan melihat kos seperti menyewa kenderaan dengan harga membawa masuk kenderaan. Pada hemat saya dan analisis saya, membawa masuk kenderaan lebih jimat dan menguntungkan. Selain itu telah terjamin keselesaan kerana anda menggunakan kenderaan sendiri. Bagi feri yang dapat membawa penumpang dan kereta sekali ianya sangat praktikal bagi yang keluarga kerana anda lebih selesa dan tidak perlu bersesak untuk naik di Jeti Kuala Perlis/Kuala Kedah.

TIPS MELIHAT ACARA LIMA’15:
Semasa acara ini berlangsung (LIMA’15) merujuk kepada tahun-tahun sebelum ini keadaan lebih sesak dan cuaca di Langkawi juga sangat panas. Bagi yang ingin melihat pertunjukan kapal terbang mungkin boleh mendatangkan tidak selesa kerana ramai penonton di sekitar lapangan terbang.Jadual pertunjukan juga telah ditetapkan.

ALTERNATIF LAIN:
·         Datang awal sedikit (sebelum 17 – 21/3/15)
·         Ini kerana sebelum berlangsungnya acara sebenar acara raptai bagi kapal terbang dan aktiviti maritime akan di lakukan
·         Pada waktu ini memang pelbagai jenis kapal terbang dan formasi dijalankan sebelum acara sebenar berlangsung
·         Pada masa raptai ini orang masih tidak ramai dan tentu menjaminkan kepuasan dalam melihat pelbagai latihan yang dijalankan
·         Masa raptai tiada jadual dan latihan berlaku banyak kali dan anda akan puas menyaksikan nya
·         MASA RAPTAI (one of the best time) untuk lihat acara ini. (fakta ini saya boleh bagi sebab saya bekerja di sebelah lapangan terbang antarabangsa Langkawi)

LOKASI CADANGAN TUMPUAN UNTUK LIHAT PERTUNJUKKAN:
·         Kawasan tepi pagar LTA@KKLangkawi
·         Laksa Power
·         Pemandangan Indah




CUACA DI LANGKAWI:
Pada waktu ini cuaca di Langkawi panas & kering.
Bagi mengetahui keadaan ramalan kaji cuaca boleh layari http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=706&Itemid=905
ADAB & ETIKA SEMASA MELANCONG:
·         Pakai pakaian yang sopan dan sesuai
·         Jangan buang sampah merata-rata sepanjang menyaksikan LIMA’15
·         Hormat kawasan dan penduduk di sekitar Langkawi
·         Bina ukhwah dengan orang tempatan (mudah pada masa hadapan nak minta tolong jika hendak bercuti atau melihat LIMA’15 lagi)

MANISNYA LIMA’15:
Di harap percutian di masa cuti sekolah & LIMA’15 ini akan memberi sesuatu kepuasan yang terbaik bagi pengunjung. Jika yang telah menempah kenderaan atau penginapan silalah selidik dahulu sebelum membayar (bimbang tidak dapat seperti yang diharap). Pilihlah kedai makanan yang tidak menjadi tumpuan (pelancong) sangat. Mungkin kedai yang bukan tumpuan memberi harga yang lebih rendah(selidik juga terlebih dahulu).Mungkin kedai yang jadi tumpuan harganya lebih mahal dari biasa (tetapi tanyalah dulu) sebelum memesan makanan.
Terima Kasih dan Selamat Datang

No comments:

Post a Comment