Sunday, 4 August 2013

ARTIKEL BERITA HARIAN



Pulau Langkawi: Sebuah Pusat Pelancongan Berilmu
Pulau Langkawi sangat tersohor di merata dunia dengan beberapa faktor. Antara faktornya ialah:
1.      Keunikan alam semulajadi
2.      Pelbagai acara yang bertaraf antarabangsa
3.      Pulau bebas cukai
4.      Produk pelancongan yang pelbagai
5.      Cuaca
6.      Kemudahan bagi  kapal layar
7.      Kemesraan penduduknya
Faktor-faktor ini menjadikan Pulau Langkawi sangat popular untuk semua pelancong yang hadir. Pelancong yang datang terdiri dari pelbagai tempat seperti rakyat Malaysia sendiri, eropah, timur tengah, seluruh asia dan ianya terdiri dari pelbagai lapisan umur dan bangsa. Di Pulau Langkawi tidak mempunyai musim untuk pelancong berkunjung kerana sentiasa akan ada pelancong yang datang bagi mengalami keseronokkan bercuti di Pulau Lagenda ini.
Apa yang ingin diutarakan di sini ialah Langkawi juga sesuai menjadi tempat pelancongan berilmu.Apa yang dimaksudkan ialah wujudkan acara tahunan bertaraf antarabangsa iaitu Pesta Buku Langkawi. Acara sebegini dapat dilakukan kerana Langkawi mempunyai tempat yang sesuai dan menarik untuk acara ini seperti di Dewan Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) ,Dataran Helang dan sebagainya.
Acara ini boleh dilakukan bukan hanya sekali setahun kerana pelancong datang tidak kira masa. Kita ambil contoh antara masa yang sesuai seperti setiap cuti sekolah. Pada awal tahun semasa cuti sekolah banyak orang eropah yang berkunjung. Pada pertengahan tahun ramai dari timur tengah. Pada hujung tahun rakyat Malaysia dan ramai lagi pelancong dari luar yang melancong di sini.
Semasa acara ini berlangsung pelbagai aktiviti & promosi boleh dilakukan contoh, pertandingan membuat rumusan bahan pembacaan, jualan bahan bacaan, bersama penulis, pembentangan kertas kerja & kajian, “fun learning education” dan sebagainya. Acara sebegini akan memberi lebih manfaat kepada pengunjung terutama yang bekeluarga kerana disamping datang bercuti dapat manfaat di dalam mencari bahan bacaan dan ilmu yang dikehendaki. Industri penulisan dan penerbitan juga dapat meningkat dari masa ke semasa serta mendapat perhatian antarabangsa.
Selain itu dicadangkan juga diwujudkan satu produk pelancongan yang boleh menarik minat pelancong iaitu “Library On Board”/perpustakaan di atas kapal layar. Produk ini menawarkan pelancong sebuah perpustakaan di atas kapal layar yang bergerak mengelilingi Langkawi. Pelancong dapat membaca buku dengan tenang dan dapat menikmati keindahan serta keunikan laut di sekitar Langkawi. Bagi pencinta ilmu ianya merupakan satu aktiviti yang sangat menarik dan menyegarkan jiwa.

Pelancongan bukan sahaja memberi ilmu tetapi ditambah dengan acara yang bersifat keilmuan maka Pulau Langkawi boleh menawarkan satu faedah yang tidak ternilai kepada semua pelancong. Idea ini perlu digalas oleh semua pencinta ilmu dan pihak bertanggungjawab supaya ianya dapat di realisasikan. Jika ia direalisasikan maka akan wujud satu fenomena baru serta produk pelancongan baru di Langkawi yang menghadiahkan permata yang berharga kepada semua pelancong.
(artikel ini telah disiarkan di dalam Berita Harian RABU 19 JUN 2013)

1 comment:

  1. mesti best kalau dapat pergi. baca artikel ini pun membuatkan saya rasa seperti berada di pulau itu.

    ReplyDelete