Salam percutian dan salam penyegaran semula.
Langkawi pada masa ini mengalami musim Hujan dan Panas berselang seli.
Ada yang membawa keniknamatan pada percutian ada yang membawa keseronokan pada percutian anda mengikut definisi anda melihat cuaca di Langkawi.
Tetapi musim yang dialami sekarang ini menonjolkan satu sosok keajaiban bagi yang memilih ketenangan dan kesegaran minda serta tubuh badan.
Apa yang keajaibanya ialah LANGKAWI menawarkan AIR TERJUN TEMURUN.
Air Terjun Temurun ini mungkin tidak selalu meniti dibibir pelancong seperti air terjun Telaga Tujuh. Sosok keajaiban yang ditonjolkan oleh satu anugerah alam yang di berikanNYA sangat baik dan mengasyikkan.
Air Terjun Temurun mempunyai KEINDAHAN KOLAM SERTA KEAJAIBAN AIRNYA yang begitu menarik sekali. Tanpa berselindung boleh dikatakan sesiapa yang menjejakkan kaki di sini PASTI menarik nafas yang panjang serta pasti terukir satu senyuman dibibir anda secara semulajadi, dek kerana keindahan air ketinggian jatuhan air terjunnya.
Bagi sesiapa yang ingin menikmati keadaan indah air terjun berpakej lengkap dengan hutan yang sihat serta jauh dari tumpuan orang ramai, anda WAJIB letakkannya di dalam perancangan percutian anda di Langkawi.
Air Terjun Temurun terletak selepas Pantai Pasir Tengkorak dan laluan menghala ke Datai.
Silalah, silalah bertamu di sini.
Tetapi DI MOHON JUTAAN pertolongan jangan kotorkan kawasan ini serta BAWALAH PULANG sampah yang anda miliki itu.
KEINDAHAN HAK MILIK BERSAMA
SAMPAH ADALAH HAK MILIK PERIBADI.
disisipkan beberapa gambar di AIR TERJUN TEMURUN.