http://www.bharian.com.my/node/41827
Thursday, 19 March 2015
Monday, 16 March 2015
Sunday, 15 March 2015
Thursday, 12 March 2015
LIMA’15 : Tips Melancong ke Pulau Langkawi
LIMA’15
: Tips Melancong ke Pulau Langkawi
LIMA’15 singkatan kepada
LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME & AEROSPACE merupakan sebuah acara yang hebat dan
terbesar di Pulau Lagenda ini. Melalui acara ini ianya menjadi tarikan kepada pelbagai
lapisan orang dengan pelbagai tujuan untuk hadir ke Pulau Langkawi. Di sini
terdapat beberapa tips untuk melancong semasa acara terbesar ini berlangsung:
MAKLUMAT
LIMA’15:
Tarikh :
17 – 21 March 2015
Lokasi :
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
Resort World Langkawi
Laman Sesawang : http://www.lima.com.my/
FB : https://www.facebook.com/limaexhibitions
LALUAN
MASUK PELANCONG KE PULAU LANGKAWI:
1.
Jeti
Kuala Perlis
2.
Jeti
Kuala Kedah
3.
Dari
Satun Thailand
4.
Lapangan
Terbang Antarabangsa Langkawi
TIPS
PENGANGKUTAN SEMASA DI LANGKAWI:
Di Langkawi pelancong
boleh mendapatkan perkhidmatan pengangkutan seperti Teksi/Kereta Sewa/Motor Sewa/Van
Sewa. Bagi yang ingin mendapatkan kenderaan sewa, (kereta/motor) masa ini
dikategorikan sebagai (masa puncak)
sebab LIMA’15 dan cuti sekolah. Jadi harga selalunya melebihi hari biasa.
Selalunya keadaan kenderaan juga tidak sebaik yang di harap. Tips untuk
menyelesaikan masalah ini ( kaedah ini mungkin lebih jimat dari menyewa)
1.
Membawa
masuk kenderaan anda ke Pulau Langkawi ini kerana terdapat syarikat yang
menguruskan perniagaan ini.
·
MELALUI KARGO :
ü
menghantar
kereta ke Jeti Kargo Kuala Kedah (kena hantar sehari/dua hari awal) dan kereta
anda akan dihantar ke Langkawi (Tanjung Lembung)
ü
terdapat
beberapa syarikat yang menguruskan perniagaan ini :
Wantas
Shipping (Langkawi) Sdn. Bhd: 04-7624130
Bersatu
Shipping : 04-9660060
·
MELALUI FERI (KERETA & PENUMPANG
BERGERAK SEKALI):
ü
Menghantar
kereta dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Tanjung Lembung Langkawi
ü
Feri
ini boleh membawa kenderaan bersama penumpang pada masa yang sama
ü
terdapat
beberapa syarikat yang menguruskan perniagaan ini :
Langkawi Auto
Exprese : https://www.facebook.com/LangkawiAutoExpress
Web: http://langkawiauto.com/content/home/index/site:langkawiauto-link:1537
Langkawi
RORO(My RORO) : http://www.langkawiroro.com/
Anda boleh membuat
perkiraan terlebih dahulu dengan melihat kos seperti menyewa kenderaan dengan
harga membawa masuk kenderaan. Pada hemat saya dan analisis saya, membawa masuk
kenderaan lebih jimat dan menguntungkan. Selain itu telah terjamin keselesaan
kerana anda menggunakan kenderaan sendiri. Bagi feri yang dapat membawa
penumpang dan kereta sekali ianya sangat praktikal bagi yang keluarga kerana
anda lebih selesa dan tidak perlu bersesak untuk naik di Jeti Kuala
Perlis/Kuala Kedah.
TIPS
MELIHAT ACARA LIMA’15:
Semasa acara ini
berlangsung (LIMA’15) merujuk kepada tahun-tahun sebelum ini keadaan lebih
sesak dan cuaca di Langkawi juga sangat panas. Bagi yang ingin melihat
pertunjukan kapal terbang mungkin boleh mendatangkan tidak selesa kerana ramai
penonton di sekitar lapangan terbang.Jadual pertunjukan juga telah ditetapkan.
ALTERNATIF
LAIN:
·
Datang
awal sedikit (sebelum 17 – 21/3/15)
·
Ini
kerana sebelum berlangsungnya acara sebenar acara raptai bagi kapal terbang dan
aktiviti maritime akan di lakukan
·
Pada
waktu ini memang pelbagai jenis kapal terbang dan formasi dijalankan sebelum
acara sebenar berlangsung
·
Pada
masa raptai ini orang masih tidak ramai dan tentu menjaminkan kepuasan dalam
melihat pelbagai latihan yang dijalankan
·
Masa
raptai tiada jadual dan latihan berlaku banyak kali dan anda akan puas
menyaksikan nya
·
MASA
RAPTAI (one of the best time) untuk lihat acara ini. (fakta ini saya boleh bagi
sebab saya bekerja di sebelah lapangan terbang antarabangsa Langkawi)
LOKASI
CADANGAN TUMPUAN UNTUK LIHAT PERTUNJUKKAN:
·
Kawasan
tepi pagar LTA@KKLangkawi
·
Laksa
Power
·
Pemandangan
Indah
CUACA
DI LANGKAWI:
Pada waktu ini cuaca di
Langkawi panas & kering.
Bagi mengetahui keadaan ramalan
kaji cuaca boleh layari http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=706&Itemid=905
ADAB
& ETIKA SEMASA MELANCONG:
·
Pakai
pakaian yang sopan dan sesuai
·
Jangan
buang sampah merata-rata sepanjang menyaksikan LIMA’15
·
Hormat
kawasan dan penduduk di sekitar Langkawi
·
Bina
ukhwah dengan orang tempatan (mudah pada masa hadapan nak minta tolong jika
hendak bercuti atau melihat LIMA’15 lagi)
MANISNYA
LIMA’15:
Di harap percutian di masa
cuti sekolah & LIMA’15 ini akan memberi sesuatu kepuasan yang terbaik bagi
pengunjung. Jika yang telah menempah kenderaan atau penginapan silalah selidik
dahulu sebelum membayar (bimbang tidak dapat seperti yang diharap). Pilihlah
kedai makanan yang tidak menjadi tumpuan (pelancong) sangat. Mungkin kedai yang
bukan tumpuan memberi harga yang lebih rendah(selidik juga terlebih dahulu).Mungkin
kedai yang jadi tumpuan harganya lebih mahal dari biasa (tetapi tanyalah dulu)
sebelum memesan makanan.
Terima
Kasih dan Selamat Datang
Wednesday, 11 March 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)