https://www.facebook.com/533665086746971/photos/pcb.679365125510299/679364962176982/?type=1&theater
LIEC 2014 : 7 - 10 /11/2014
Feel The Extreme
Welcome to all athletes
One of major events for LTA@KKLangkawi
Good Luck and push your limits
Tuesday, 4 November 2014
Wednesday, 15 October 2014
Monday, 22 September 2014
Monday, 15 September 2014
Sunday, 7 September 2014
Monday, 4 August 2014
Sunday, 3 August 2014
PERJALANAN KE LANGKAWI: ANTARA KEUNIKAN FERI DAN KEMUDAHAN JAMBATAN
PERJALANAN KE LANGKAWI:
ANTARA KEUNIKAN FERI DAN
KEMUDAHAN JAMBATAN
Pulau
langkawi di bawah cetakan biru yang terbaharu, kerajaan dengan penuh minat dan
bersungguh-sungguh ingin menjadikan Pulau Langkawi sebagai antara 10 buah pulau
percutian yang hebat di dunia. Perancangan ini disertakan dengan sokongan
pelbagai pihak maka ianya tidak akan menjadi masalah. Jalan masuk ke Pulau
Langkawi adalah permulaan bagi pelbagai kejayaan untuk pulau ini, jika ianya
sentiasa ditambah baik maka ianya boleh
menjadi pengalaman indah untuk semua pihak.
Seperti
sedia maklum, jalan masuk ke Pulau Langkawi hanya melalui 2 (dua) cara iaitu
melalui jalan laut dan juga jalan udara. Maka dengan jalan masuk yang sebegini
memberi keunikan yang tersendiri untuk pelancong memasuki Pulau Langkawi.
Melalui udara Langkawi menyediakan lapangan terbang bertaraf antarabangsa maka
keselesaan untu pengunjung boleh dijamin di bahagian ini.
Apa
yang hendak diutarakan juga ialah pengangkutan melalui feri juga merupakan satu
kaedah pengangkutan awam yang unik, kerana Pulau Langkawi tidak berhubung
dengan mana-mana tanah besar. Jadi sesiapa yang ingin masuk ke Langkawi dapat
merasai pengalaman menaiki pengangkutan awam iaitu feri. Di sini pelbagai
keadaan dan ragam serta pengalaman pahit manis boleh di rasai oleh pengguna
feri untuk ke Langkawi mahupun ke tanah besar. Bagi penduduk Langkawi
pengangkutan feri sudah menjadi kebiasaan tetapi suka dan duka banyak mengajar
penduduk Langkawi menggunakan pengangkutan awam ini.
Kaedah
jalan masuk ke Pulau Langkawi, sebenarnya boleh ditingkatkan lagi bagi
pelancong yang ingin datang, tetapi harus diingat juga bahawa Penduduk Langkawi
jugalah merupakan pengguna tegar pengangkutan awam ini.
Pernah
terdengar khabar angin bahawa Pulau Langkawi akan mempunyai Jambatan sendiri,
maka sebagai penduduk Langkawi ,merasa seronok dan juga bimbang dengan keadaan
ini.
Apa
yang di maksudkan ialah (merasa seronok)
jika mempunyai jambatan maka kehidupan untuk berurusan dengan dunia luar(tanah besar)lebih cepat, mudah dan
menguntungkan pengguna. Ini kerana perkhidmatan feri keluar dan masuk ke
Langkawi bermula dari jam 7.30pagi hingga pukul 7 petang sahaja. Maka amat
susah untuk berurusan di luar jika mempunyai kecemasan, bertugas di luar,
mendapatkan khidmat pakar di luar dan sebagainya. Maka bagi penduduk Langkawi
yang menetap atau bekerja di sini sangat faham keadaan ini.
Apa
yang di maksudkan dengan (bimbang)
jika wujud jambatan ialah mungkin keindahan pulau ini akan tercemar serta
pelbagai kerosakan boleh berlaku di antaranya kesesakan trafik, sampah, tidak
mampu mengawal masuk kenderaan. Perkara ini pasti akan berlaku dan mungkin
banyak lagi kerosakan boleh berlaku.
Tetapi
di sini kita boleh melihat dari pelbagai sudut positif seperti perancangan dan
pelaksaan serta penguatkuasaan yang kemas jika mempunyai jambatan. Saya sebagai
penduduk Langkawi (pandangan peribadi)mempunyai
pandangan bahawa boleh dibina jambatan yang menghubungkan Pulau Langkawi dengan
tanah besar seperti Perlis.
Antara
hemah/pandanga saya jika mempunyai jambatan pelbagai masalah boleh di
selasaikan, kos boleh dijimatkan, serta menjadi satu jalan masuk yang baharu
bagi pelancong untuk masuk ke Langkawi. Semua pihak akan mendapat manfaat
termasuk penduduk Langkawi.
Cadangan
untuk membuat jambatan perlu disertakan dengan plan pelaksaan yang mantap
supaya keunikan serta kehebatan Langkawi tidak dicemari. Antara langkah yang
boleh di dicadangkan adalah seperti berikut :
1. Pergerakan masuk dan keluar 24 jam
sehari
2. Menyediakan “shuttle” ,teksi atau bas
JAMBATAN (hanya kenderaan ini sahaja yang
boleh menggunakan jambatan ini termasuk kereta orang Langkawi sahaja)
3. Kenderaan luar tidak di benarkan masuk
hanya boleh parkir di luar dan hanya boleh menggunakan “shuttle” ,teksi atau
bas JAMBATAN untuk masuk dan keluar dari pulau
4. Menyediakan ruang parkir yang luas dan
selesa di kawasan luar untuk pelancong yang hendak menggunakan jambatan ini.
Jika
ini kaedah seperti ini dijalankan maka saya berpandangan jambatan akan menjadi
salah satu jalan masuk yang menguntungkan kerajaan, pengusaha pelancongan,
penduduk Langkawi serta pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara. Selain
itu Pulau langkawi juga akan kekal seperti biasa dan kemasukan pelancong
dijangka meningkat. Bagi penduduk yang menetap di Langkawi ianya seperti
mendapat durian runtuh kerana boleh bergerak dan berurusan dengan dunia luar
seperti menetap di tanah besar. Kemudahan sebegini amat di perlukan tetapi
mengekalkan keunikan Langkawi itu WAJIB diteruskan.
Wasalam
Marzuki
Muhamad
Wednesday, 16 July 2014
Tuesday, 8 July 2014
Monday, 7 July 2014
BE READY LIEC 2014 : LANGKAWI INTERNATIONAL EXTREME CHALLENGE 2014
https://www.facebook.com/pages/Langkawi-International-Extreme-Challenge-LIEC/533665086746971
for those who love to challenge yourself with extreme sports..
come and challenge yourself at LIEC 2014..
this event brought to you by Langkawi Tourism Academy@KK Langkawi
FEEL THE EXTREME
Monday, 12 May 2014
Sunday, 23 March 2014
Thursday, 27 February 2014
Monday, 24 February 2014
Wednesday, 19 February 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)