Sunday, 12 May 2013

Program Kemahiran : Pembelajaran Luar Kelas Lebih Bersifat Praktikal

LTA (Langkawi Tourism Academy)/ KKLK telah menjalinkan kerjasama dengan PPD serta sekolah menengah sekitar Langkawi di dalam membantu pelajar-pelajar di sekolah menengah yang ingin pembelajarn luar kelas dan bersifat praktikal. Kerjasama ini memberikan lebih perhatian dan ruang kepada pelajar yang ingin mempelajari sesuatu kemahiran bukan dari sudut akademik. Unit Pelancongan LTA telah menjalankan kursus Ikhtiar Hidup : Masakan Hutan yang memberi pengalaman luar kelas yang tidak berorentasikan akademik semata-mata. Pelajar yang terlibat di beri penerangan dan sedikit demonstarasi dan mereka akan melakukannya sendiri. Peralatan yang di bekalkan ialah:
1. Buluh
2. Aluminium foil
3. Mancis
4. Bahan mentah

Pelajar-pelajar ini telah berjaya memasak dan menikmati pengalaman pembelajaran diluar kelas yang menjadikan mereka lebih fokus dan berdisiplin. Melalui pembelajarn kemahiran ini mereka dapat mempelajari bahawa kemahiran ini menjadi satu tarikan pelancongan kepada pelancong luar terutamanya dari negara barat yang ingin mencuba sesuatu yang lain dan berkonsepkan alamsemulajadi. Di sini dapat dikongsikan beberapa detik pengalaman pelajar-pelajar ini.