Tuesday, 29 January 2013

Bulan Purnama : Langkawi Mengambang Penuh

Alhamdulillah..
2 minggu ini Langkawi di hujani cahaya purnama yang sangat menakjubkan.
Pemandangan yang paling indah untuk di nikmati keindahan bulan mengambang penuh ini ialah
di HADAPAN PANTAI TANJUNG RHU (berhadapan kuarters imigresen).

Masa : Pukul 5.30a.m - 7.00a.m
Keunikan : Pantai dan laut di hujani sinaran cahaya purnama yang mengambang penuh

Aktiviti : bagi ahli fotografi pemandangan ini sangat cantik untuk dirakamkan
              bagi pelancong susana hening dan limpahan cahaya yang sangat-sangat mengujakan untuk dinikmati
              pencinta alam juga dapat menikmati suasana seperti di dalam filem hitam putih dan tiada
              pencemaran

Ini merupakan satu nikmat Allah untuk kita nikmati dan Langkawi yang telah terkenal dengan kehebatan pantai, lautan dan hutan yang terpelihara ditambah dengan kejadian alam ini iaitu bulan mengambang penuh , menambahkan seri kepada produk-produk semula jadi yang telah tersedia di pulau ini.

Pelbagai kejadian alam yang menarik yang selalu berlaku di Langkawi sangat menarik untuk dinikmati..Wasalam