Sunday, 9 December 2012

Pelayaran Menyusuri Keindahan Langkawi

Program : Amali Komentar Eko & Produk Pelancongan (cruise)
Lokasi   : Awana Porto Malai  menuju Pulau Dayang Bunting meneroka sampai ke Pulau Beras Basah
Aktiviti  : Menaiki kapal layar (catamaran)
              jacuzzi net
              free flow dring on board
              free jump from starboard side
              bbq
              mandi pantai
              fotografi
              menikmati keindahan ciptaan Allah

Produk ini merupakan salah satu tarikan yang menarik untuk sesiapa sahaja yang berminat menyusuri laut. Pelajar mendapat peluang pembelajaran dilapangan sebenar dengan melihat keindahan, belajar membawa kapal, menemuramah pelancong lain, serta mendapat pelbagai informasi yang terbaik untuk dijadikan pengalaman di dalam dunia pelancongan(guide).

Program amali ini membantu pelajar berada dilapangan sebenar dengan memiliki peluang sebenar berinteraksi serta belajar menjadi pemandu pelancong semasa di dalam kapal dan ditepi pantai. Tugasan yang dilakukan oleh pelajar akan membantu mereka mendapat informasi yang terbaik serta belajar bergaul dan menguruskan pelancong.


                           

Durian : buah kebanggaan Malaysia

http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/durian-kampung-baung-jadi-perintis-projek-dusun-pelancongan-1.111083

Raja Buah..gelaran yang tidak asing lagi bagi buah durian. ada perumpamaan dari orang barat:
durian smell like hell taste like heaven.
Biar apa pendapat orang luar durian mempunyai identitinya tersendiri.
Bagi kita yang mempunyai nikmat yang Allah kurniakan iaitu Malaysia mempunyai buah durian,
janganlah meletakkan tanda "no entry" kepada RAJA BUAH ini, kerana terdapat banyak premis di Malaysia meletakkan tanda ini.Apa kesudahanya jika kita tidak memelihara keunikan kita.
Jika bau menjadi masalah, mengapa kita tidak mencipta sesuatu yang dapat menghilangkanya.
sedarlah manusia mampu sampai ke angkasa, tak bolehkah mencipta peralatan yang boleh menyerap bau?
Hargai keunikan kita..pelancongan memberi nikmat

Wednesday, 21 November 2012

PP1: SILA DAPATKAN INFORMASI INAP DESA DI SINI

http://www.motour.gov.my/en/download/viewcategory/2-homestay.html

Di dalam web ini terdapat dokumen yang boleh di muat turun sebagai rujukan.
Maklumat-maklumat ini sangat berguna untuk pengetahuan produk pelancongan dan sangat berguna apabila hendak membuat komentar.
Silalah muat turun atau membaca..
terima kasih

PP1 : PULAU PAYAR

Salam Mesra....
Aktiviti amali kali ini dilakukan di taman laut P.Payar...
Seorang Guide/Customer service telah banyak memberi tip kepada pelajar bagaimana mengendalikan pelancong. Guide ini amat berminat dengan semua pelajar kerana mereka mengambil jurusan pelancongan sebagai guide.Pelajar juga telah mendapat tugasan yang perlu mereka tempuhi untuk mendapatkan pelbagai maklumat dilapangan sebenar:Pelajar telah
  • melakukan jungle trekking untuk melihat pemandangan di atas puncak P.Payar
  • menemuramah pelancong dan petugas di sana
  • melawat kawasan sekitar
  • snorkeling
  • serta coaching di dalam bas
Gambar-gambar pelajar:







Monday, 19 November 2012

acrobatic bro

Taman Laut : Pulau Payar


Pulau payar merupakan satu-satunya taman laut yang terdapat di sebelah utara tanah air. Pulau Payar mempunyai pelbagai spesis ikan dan pelbagai jenis terumbu karang yang menarik.

Perkara menarik di Pulau Payar:
  1. Pelancong tidank boleh menginap di sana (menjaga keindahan taman laut ini dari rosak)
  2. mempunyai ikan jerung (reef shark) sebagai tarikan kepada pelancong
  3. mempunyai pusat informasi taman laut
  4. Pelancong akan menaiki feri dari jeti kuah ke jeti pulau payar
  5. Kadang-kadang penyu juga datang singgah di pulau ini
Aktiviti Yang boleh di lakukan:
  1. Snorkeling
  2. Scuba diving
  3. Sun bathing
  4. Jungle trekking
  5. Konservasi
  6. Berkelah
  7. Kawasan meninjau di atas puncak pulau
Lawatan Pelajar Untuk Menambah Pengetahuan Eko-Pelancongan:
  1. Pelajar dikehendaki mencari seberapa banyak maklumat yang menarik yang terdapat di pulau ini
  2. Mengambil gambar-gambar yang indah dan menarik di pulau ini
  3. Melakukan aktiviti snorkeling, jungle trekking dan temuramah dengan pelancong yang datang
  4. Merekodkan idea tentang kelebihan dan kelemahan yang terdapat di pulau ini
  5. Menyediakan hasil dapatan untuk pembentangan di kolej nanti
Antara Gambar Menarik Penulis Di Pulau Payar:

                        

                       



Monday, 23 July 2012

Nikmat Kurma

SEPANJANG Ramadan, buah kurma boleh dilihat di mana-mana saja apatah lagi sudah menjadi sunnah untuk kita memakannya terlebih dulu ketika berbuka puasa.
Untuk pengetahuan semua, kurma adalah sejenis tumbuhan palma atau bahasa saintifiknya, Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada masak atau mentah.

Buah istimewa yang banyak didapati di negara Timur Tengah ini memiliki banyak khasiat dari sudut kesihatan. Antaranya, ia mengandungi kandungan zat besi, potasium, kalsium, fosforus, sodium, vitamin A dan B serta niasin yang tinggi.

Selain itu, ia juga membantu memperkuat daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang pada kanak-kanak, melancarkan sistem penghadaman serta dapat melindungi badan daripada pengumpulan kolesterol.


Ia juga memiliki kadar potasium dua kali ganda lebih tinggi daripada sebiji pisang dan membantu mencegah pelbagai penyakit seperti sakit kerongkong, demam, cirit-birit, sakit perut dan menjaga penglihatan.

Mengikut hasil kajian ahli sains Mesir, khasiat kurma terbukti dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda serta membantu tumbesaran kanak-kanak.

Di samping itu, kurma juga membantu melicinkan perjalanan darah, merawat buah pinggang dan mencuci hati serta membantu mengurangkan pengaliran darah ketika melahirkan anak.

Kandungan karbohidratnya yang tinggi membolehkannya membekalkan banyak tenaga dan kandungan zat gizi yang dimiliki penting bagi fungsi tubuh iaitu kalium khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.

Galian dalam kurma berfungsi untuk membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot dan mengatur tekanan darah. Gula yang terkandung dalam kurma pula mudah diserap dalam tubuh tanpa perlu melalui proses yang panjang.

Justeru, kurma dianggap sebagai buah paling ideal untuk hidangan berbuka puasa atau sahur. Tidak hairanlah, ia banyak disebut dalam al-Quran, malah menjadi makanan ruji Nabi Muhammad s.a.w.

Malah Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar Ajwah, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.” (Riwayat Imam Bukhari).

Oh ya! Bagi anda yang mahu memastikan dan mengekalkan kesegaran buah kurma, ia harus sentiasa disimpan di dalam peti sejuk. Buah kurma bertangkai pula adalah kurma yang paling baik dari segi kualitinya malah selalunya ia mahal berbanding kurma biasa.

Sementara itu, kurma kering turut mempunyai keistimewaan tersendiri dan cara penyimpanannya juga lebih mudah.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/22

Kurma tinggi kandungan khasiat

myMetro | Kurma tinggi kandungan khasiat

Ramadhan Di Langkawi

Ahlan wasahlan..sudah hari ketiga berpuasa di pulau lagenda ini..cuaca tidak menentu..tapi yang pastinya bazar ramadhan yang kosisten setiap hari..akan dimaklumkan makanan apa yang sedap di bazar2 yang akan dikunjungi..SOLAT TERAWIH awesome...dan tunaikanlah wahai umat Islam..

Thursday, 7 June 2012

Cuaca Di Langkawi

Assalamualaikum..Allah Maha Besar..sangat takut melihat langkawi dilanda ribut..habis pokok-poko patah, tumbang, rumah, kedai-kedai runtuh atau rosak..semoga Allah jauhkan sebarang bencana..amin

Friday, 11 May 2012

selamat datang ke :my online shop"..jumpa di sana

http://naturelangkawi.miiduu.com/
kami menawarkan khidmat:
1. kereta sewa
2. pakej BBQ di atas kapal layar
3. menikmati telaga air panas(air masin)
4. pakej island drop...
sila hubungi kami melalaui miiduu online shop saya
Datang dan rasailah sendiri aktiviti "waterfall abseiling" di DURIAN PERANGIN Pulau Langkawi....penuhi diri anda dengan cabaran lasak

Tuesday, 8 May 2012


Kuala Lumpur senyumanmu..di pagi ini...
bermula kerja mengingati dan membuat semua aplikasi..

HULK

Monday, 7 May 2012


silalah datang
jom join my FB...mahsuri lagenda..see you there

naturelangkawi.miiduu.com

Selamat datang ke On-line Relaxation store..
Di sini tuan/puan boleh mendapatkan maklumat mengenai pakej F&B,Pengangkutan dan Kecantikan
sila layari link naturelangkawi.miiduu.com
SEMOGA ANDA DIRAHMATI ALLAH

Close to Nature

Salam satu Malaysia
Pulau Langkawi bakal menjadi pulau yang terindah dan menjadi tarikan kepada pelancong seluruh dunia. Melalui suntikan dana dari kerajaan Pulau Langkawi bakal mengalami satu transformasi kearah menjadi "top 10 island in the world". Bagi peminat alamsemulajadi datanglah ke Pulau Lagenda yang mempunyai pelbagai tarikan alam semulajadi.
ALAM SEMULAJADI TERAPI JIWA ANDA