Sunday, 4 August 2013

Aidilfitri & Langkawi

   Ramdhan bakal melabuhkan tirainya dan Syawal bakal menjemla tidak beberapa hari lagi. Pulau Langkawi menyaksikan ramai perantau keluar untuk berhari raya di kampung halaman masing-masing.Ada yang menghantar kereta keluar menggunakan kargo, ada yang pulang menggunakan kenderaan awam dan ada juga yang menyewa kenderaan..

   Apa-apa pun suasana ramadhan dan aidilfitri tetap dapat dirasakan di Pulau Langkawi ini, kerana masih ramai lagi perantauan yang bekerja semasa aidilfitri. Terima kasih juga kepada RTM Langkawi khususnya radio langkawi yang membuat rakaman ucapan hari raya terutama kepada sesiapa yang bekerja pada hari raya nanti. Rakaman ini dapat kita dengar sepanjang minggu terakhir di Radio Langkawi di frekuansi 104.8.

   Pulau Langkawi suasana membeli belahnya terhad dan sangat santai. Tetapi masih boleh lagi untuk mendapatkan pakaian, kuih dan sebarang keperluan lain. Yang paling HEBATNYA sesiapa yang membeli belah di Pulau Langkawi tidak perlu berpusu-pusu, susah nak cari parkir, dan sentiasa tenang kerana tidak sibuk seperti kebanyakkan pekan di luar sana. Cuma diharap pada masa akan datang lebih banyak pilihan pakaian dan barangan dapat di sediakan oleh peniaga-peniaga.

    Apa yang dimaksudkan HEBAT itu boleh saya simpulkan bahawa pembeli boleh melakukan pelbagai ibadah sunat terutamanya solat terawih kerana tidak perlu tertekan untuk bersesak-sesak dan tak cukup masa untuk membeli belah. Suasana dan ruangan yang sedikit memberi kelapangan untuk semua beribadat dan dalam masa yang sama boleh membeli belah..Ini kerana anda mempunyai masa untuk kedua-dua aktiviti kerana keadaan di Langkawi tidak menuntut anda untuk menghabiskan masa pada perkara yang tidak perlu seperti kesesakan lalu lintas, bersesak-sesak terlampau untuk mencari barang keperluan dan kawasan masjid semuanya berhampiran dengan semua tempat membeli belah.Ini merukan nikmat penghuni Pulau Langkawi.

   Apa pun cerita ramdhan dan aidilfitri di tempat lain, moga kita semua mendapat keberkatan di dalam usaha kita  berjuang di dalam ramadhan dan menyambut kemenangan pada syawal nanti..

Amin...sekian

ARTIKEL BERITA HARIAN


Sunday, 12 May 2013

Program Kemahiran : Pembelajaran Luar Kelas Lebih Bersifat Praktikal

LTA (Langkawi Tourism Academy)/ KKLK telah menjalinkan kerjasama dengan PPD serta sekolah menengah sekitar Langkawi di dalam membantu pelajar-pelajar di sekolah menengah yang ingin pembelajarn luar kelas dan bersifat praktikal. Kerjasama ini memberikan lebih perhatian dan ruang kepada pelajar yang ingin mempelajari sesuatu kemahiran bukan dari sudut akademik. Unit Pelancongan LTA telah menjalankan kursus Ikhtiar Hidup : Masakan Hutan yang memberi pengalaman luar kelas yang tidak berorentasikan akademik semata-mata. Pelajar yang terlibat di beri penerangan dan sedikit demonstarasi dan mereka akan melakukannya sendiri. Peralatan yang di bekalkan ialah:
1. Buluh
2. Aluminium foil
3. Mancis
4. Bahan mentah

Pelajar-pelajar ini telah berjaya memasak dan menikmati pengalaman pembelajaran diluar kelas yang menjadikan mereka lebih fokus dan berdisiplin. Melalui pembelajarn kemahiran ini mereka dapat mempelajari bahawa kemahiran ini menjadi satu tarikan pelancongan kepada pelancong luar terutamanya dari negara barat yang ingin mencuba sesuatu yang lain dan berkonsepkan alamsemulajadi. Di sini dapat dikongsikan beberapa detik pengalaman pelajar-pelajar ini.