Sunday, 9 December 2012

Pelayaran Menyusuri Keindahan Langkawi

Program : Amali Komentar Eko & Produk Pelancongan (cruise)
Lokasi   : Awana Porto Malai  menuju Pulau Dayang Bunting meneroka sampai ke Pulau Beras Basah
Aktiviti  : Menaiki kapal layar (catamaran)
              jacuzzi net
              free flow dring on board
              free jump from starboard side
              bbq
              mandi pantai
              fotografi
              menikmati keindahan ciptaan Allah

Produk ini merupakan salah satu tarikan yang menarik untuk sesiapa sahaja yang berminat menyusuri laut. Pelajar mendapat peluang pembelajaran dilapangan sebenar dengan melihat keindahan, belajar membawa kapal, menemuramah pelancong lain, serta mendapat pelbagai informasi yang terbaik untuk dijadikan pengalaman di dalam dunia pelancongan(guide).

Program amali ini membantu pelajar berada dilapangan sebenar dengan memiliki peluang sebenar berinteraksi serta belajar menjadi pemandu pelancong semasa di dalam kapal dan ditepi pantai. Tugasan yang dilakukan oleh pelajar akan membantu mereka mendapat informasi yang terbaik serta belajar bergaul dan menguruskan pelancong.


                           

Durian : buah kebanggaan Malaysia

http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/durian-kampung-baung-jadi-perintis-projek-dusun-pelancongan-1.111083

Raja Buah..gelaran yang tidak asing lagi bagi buah durian. ada perumpamaan dari orang barat:
durian smell like hell taste like heaven.
Biar apa pendapat orang luar durian mempunyai identitinya tersendiri.
Bagi kita yang mempunyai nikmat yang Allah kurniakan iaitu Malaysia mempunyai buah durian,
janganlah meletakkan tanda "no entry" kepada RAJA BUAH ini, kerana terdapat banyak premis di Malaysia meletakkan tanda ini.Apa kesudahanya jika kita tidak memelihara keunikan kita.
Jika bau menjadi masalah, mengapa kita tidak mencipta sesuatu yang dapat menghilangkanya.
sedarlah manusia mampu sampai ke angkasa, tak bolehkah mencipta peralatan yang boleh menyerap bau?
Hargai keunikan kita..pelancongan memberi nikmat

Wednesday, 21 November 2012

PP1: SILA DAPATKAN INFORMASI INAP DESA DI SINI

http://www.motour.gov.my/en/download/viewcategory/2-homestay.html

Di dalam web ini terdapat dokumen yang boleh di muat turun sebagai rujukan.
Maklumat-maklumat ini sangat berguna untuk pengetahuan produk pelancongan dan sangat berguna apabila hendak membuat komentar.
Silalah muat turun atau membaca..
terima kasih

PP1 : PULAU PAYAR

Salam Mesra....
Aktiviti amali kali ini dilakukan di taman laut P.Payar...
Seorang Guide/Customer service telah banyak memberi tip kepada pelajar bagaimana mengendalikan pelancong. Guide ini amat berminat dengan semua pelajar kerana mereka mengambil jurusan pelancongan sebagai guide.Pelajar juga telah mendapat tugasan yang perlu mereka tempuhi untuk mendapatkan pelbagai maklumat dilapangan sebenar:Pelajar telah
  • melakukan jungle trekking untuk melihat pemandangan di atas puncak P.Payar
  • menemuramah pelancong dan petugas di sana
  • melawat kawasan sekitar
  • snorkeling
  • serta coaching di dalam bas
Gambar-gambar pelajar: