Thursday, 2 January 2020

Langkawi : Thing To Explore (High Rope Segment)

Please subscribe my YouTube channel for more information about activities and tourism place.
I would like to share as much as i can to give more information for those who want to come to Langkawi. Tahun Melawat Malaysia
https://youtu.be/8WRn5sCvSPk

Thursday, 8 November 2018

Langkawi :Tentatif Cadangan Percutian 2H 1 MLM Versi Keluarga

2018 : Bakal menuju ke musim percutian terpanjang di Malaysia (Cuti Sekolah)
Di sini terdapat cadangan tentatif percutian yang sesuai untuk keluarga

Infografik 2H 1MLM
Selamat Bercuti


Friday, 12 October 2018

Langkawi : Air Terjun Temurun & Keajaibannya

Salam percutian dan salam penyegaran semula.
Langkawi pada masa ini mengalami musim Hujan dan Panas berselang seli.
Ada yang membawa keniknamatan pada percutian ada yang membawa keseronokan pada percutian anda mengikut definisi anda melihat cuaca di Langkawi.

Tetapi musim yang dialami sekarang ini menonjolkan satu sosok keajaiban bagi yang memilih ketenangan dan kesegaran minda serta tubuh badan.
Apa yang keajaibanya ialah LANGKAWI menawarkan AIR TERJUN TEMURUN.

Air Terjun Temurun ini mungkin tidak selalu meniti dibibir pelancong seperti air terjun Telaga Tujuh. Sosok keajaiban yang ditonjolkan oleh satu anugerah alam yang di berikanNYA sangat baik dan mengasyikkan.

Air Terjun Temurun mempunyai KEINDAHAN KOLAM SERTA KEAJAIBAN AIRNYA yang begitu menarik sekali. Tanpa berselindung boleh dikatakan sesiapa yang menjejakkan kaki  di sini PASTI menarik nafas yang panjang serta pasti terukir satu senyuman dibibir anda secara semulajadi, dek kerana keindahan air ketinggian jatuhan air terjunnya.

Bagi sesiapa yang ingin menikmati keadaan indah air terjun berpakej lengkap dengan hutan yang sihat serta jauh dari tumpuan orang ramai, anda WAJIB letakkannya di dalam perancangan percutian anda di Langkawi.

Air Terjun Temurun terletak selepas Pantai Pasir Tengkorak dan laluan menghala ke Datai.
Silalah, silalah bertamu di sini.

Tetapi DI MOHON JUTAAN pertolongan jangan kotorkan kawasan ini serta BAWALAH PULANG sampah yang anda miliki itu.

KEINDAHAN HAK MILIK BERSAMA
SAMPAH ADALAH HAK MILIK PERIBADI.

disisipkan beberapa gambar di AIR TERJUN TEMURUN.



                                                                                                                                                             
 





Wednesday, 9 August 2017

Langkawi : Cuti Sekolah & Hari Raya Korban 2017


Pengembaraan, Percutian dan Hari Raya Haji

Bulan Ogos merupakan sambutan hari kemerdekaan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Tetapi untuk tahun ini (2017) 31 Ogos 2017 telah jatuh pada hari khamis dan terus dirapati oleh satu lagi hari bersejarah bagi umat Islam di seluruh dunia dan Malaysia iaitu hari Raya Haji.

Lihat tarikh :
25/8/2017 (Kedah, Kelantan, Terengganu & Johor) sudah bermula cuti sekolah)
26/8/2017 (selain negeri di atas bermula cuti sekolah)
31/8/2017 : cuti umum Hari Kemerdekaan
1-2/9/2017 : Hari Raya Haji
3/9/2017  : bagi negeri yang bercuti hari Jumaat cuti diganti pada hari ini.

Perancangan Cuti :

Bagi Cuti Sekolah : bermula dari 25/8 - 3/9/2017 (bagi ibu bapa dan guru boleh merancang)
Bagi Cuti Umum   : bermula dari 31/8 - 3/9/2017 (bagi pekerja cuti tahunan dan cuti biasa)

Cadangan untuk perancangan percutian anda :

Kenderaan : Jika anda bercadang untuk bercuti lama, di cadangkan anda membawa masuk kenderaan
                    anda sendiri menggunakan perkhidmatan feri (Langkawi auto express & Langkawi roro)
                    http://langkawiauto.com/content/home/index/site:langkawiauto-link:1537
                    http://www.langkawiroro.com/

                    Berlepas dari Jeti Kuala Perlis ke Tanjung Lembung Langkawi.
                    Memberi lebih keselesaan kepada anda terutama yang bekeluarga

Aktiviti      : Hari Raya Haji boleh di sambut di masjid-masjid yang berdekatan anda
                    Selalunya masjid-masjid akan membuat korban secara gotong royong
                    Bolehlah merasai pengalaman ini bagi yang belum pernah merasainya

Masjid        : Masjid Al Hana (Kuah) 6.318056, 99.852774
                     Masjid Aisyah (Jln.Padang Mat Sirat)6.328053, 99.818579
                     Masjid Al Ehsan (Temoyong) 6.300662, 99.737276
                     Al Huda Masjid ( Padang Mat Sirat) 6.351847, 99.728534
                    Masjid Ayer Hangat ( Ayer Hangat) 6.428990, 99.799475
                             
Senarai masjid dan lokasi ini diharap dapat membantu jika anda merancang untuk bercuti dan berhari raya di Langkawi. Anda boleh lihat penginapan anda berdekatan dengan masjid mana, untuk memudahkan anda menunaikan solat sunat aidiladha serta mungkin dapat melihat ibadah korban yang mungkin di anjurkan di masjid-masjid tersebut .

Bercuti, Berhari Raya satu pengalaman di Langkawi.
                   

Monday, 21 November 2016

Langkawi Dan Cuti Sekolah 2016


Cuti sekolah, Percutian dan Pulau Langkawi seperti aur dan tebing

Percutian musim cuti sekolah ini selalunya terarah kepada percutian keluarga. Percutian juga merupakan satu ibadah jika kena caranya. Di sini saya ingin mencadangkan tempat untuk di lawati dan tempat ini tidak berbayar supaya anda dapat rancang perbelanjaan anda .

Tempat Lawatan :

1. Dataran Helang
    Tempat ini merupakan satu dataran dan sesiapa sahaja boleh datang. Aktiviti sesuai ialah
    fotografi dan kasut roda

2. Pemandangan Indah (look out point)
    Di sini terdapat pondok dan mempunyai pemandangan menghadap Lapangan Terbang dan laut.
    Aktiviti sesuai ialah melihat matahari terbenam dan fotografi

3. Beras Terbakar
    Inilah merupakan kawasan sejarah di Langkawi. Di sini terdapat beras yang telah di bakar pada 
    zaman Langkawi di landa peperangan. Aktiviti sesuai melakukan melawat

4. Kraftangan Langkawi
    Di sini merupakan tempat kraftangan dan terdapat pelbagai barangan kraftangan. Masuk percuma
    dan sesiapa boleh datang. Aktiviti sesuai membeli belah dan melihat hasil kraftangan

5. Pantai Pasir Hitam
    Tempat ini merupakan sebuah pantai dan tempat letak bot nelayan dan biasanya orang tidak mandi
    di sini. Pantai ini menjadi tarikan kerana pasir pantainya berwarna hitam. Boleh baca maklumat
    kenapa pasir itu berwarna hitam kerana terdapat papan interpretasi memberi maklumat secara
    saintifik dan cerita dongeng.

    Rancang percutian anda rancang perbelanjaan anda.

 Dataran Helang
 Pemandangan Indah
 Beras Terbakar
 Kraftanag Langkawi
Pasir Hitam