Monday, 21 November 2016

Kelestarian Pelancongan Di Langkawi & Usaha Frangipani Resort & SPA Langkawi

KELESTARIAN PELANCONGAN & ALAMSEMULAJADI

"Sustainability Tourism" atau Kelestarian Pelancongan merupakan salah satu agenda yang lebih penting bagi semua pemain industri pelancongan, masyarakat, syarikat-syarikat, institusi pendidikan, kerajaan dan individu terutamanya di Langkawi. Ini kerana jika salah menguruskan kan pelancongan maka kerosakan "sebenar" akan berlaku iaitu semuanya hanya pentingkan keuntungan maka keletarian tidak akan lagi wujud. Maka kerosakan yang telah kita cipta atas pelancongan dan keuntungan akhirnya membawa padah pada masa hadapan kerana kerosakan pemikiran, sumber dan budaya kita. Maka semuanya akan pupus dan tidak bermakna lagi.

Di Langkawi terdapat sebuat tempat yang berusaha dan menjalankan usaha mereka sendiri terutamaya pemilik tempat tersebut di dalam melestarikan pelancongan ini. Tempat tersebut ialah :

Frangipani Resort & Spa Langkawi

Hotel ini difahamkan merupakan hotel berkonsepkan "green hotel" yang pertama di Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti dan fasiliti berkaitan konservasi dan kelestarian di jalankan. Maka Langkawi sangat bertuah memiliki satu organisasi yang berusha keras tanpa hanya memikirkan soal keuntungan (wang ringgit) tetapi memikirkan soal keuntungan yang sebenar (konservasi dan kelestarian pelancongan).

Anda boleh menginap di sini sambil menikmati pelbagai keindahan dan kehijauan. Anda boleh menanam pokok angkat anda, mandi kolam air masin buatan sendiri, jakuzi air hujan dan sebagainya. Selain itu jika anda tidak mahu menginap di sini, anda boleh buat permintaan untuk melakukan lawatan untuk melihat segala projek konservasi, kitar semula dan sistem kumbahan semulaji mereka.
Anda boleh berurusan dengan "environment manager" yang terdapat di resort tersebut.

Segala usaha dan pelaksanaan terhadap alam semulajadi dan kelestarian pelancongan ini, merupakan salah satu harta bagi penduduk pulau Langkawi. Terima Kasih Frangipani Resort & Spa Langkawi

http://www.frangipanilangkawi.com
https://www.facebook.com/FrangipaniLangkawi










Tuesday, 16 February 2016

Langkawi : Terjun Dari Awan Biru

Langkawi sangat terkenal di serata dunia dengan keindahan geoparknya. Ramai yang datang untuk melihat keindahan ini dari lapangan daratan, hutan, gunung ganang dan juga pantai serta lautan. Sekarang ini terdapat satu lagi produk untuk melihat keindahan geopark ini.
Tetapi kali ini melalui awan biru Langkawi. Produk tersebut ialah SKYDIVE Langkawi.

Ini sangat sesuai dan bertepatan dengan pelancong yang sangat gemarkan aksi mencabar diri dan minda. Anda boleh MELAKUKAN AKTIVITI TERJUN BEBAS (SKYDIVE) di Langkawi sekarang ini. Produk terbaharu ini akan memberi lebih kepuasan kepada pelancong yang sangat dahagakan aktiviti yang begitu hebat dan kenangan seumur hidup.

Bagi yang berminat silalah melihat sendiri FB ini untuk maklumat lanjut:
https://www.facebook.com/Skydive-Langkawi-937213542989199/

Skydive Langkawi's Profile Photo

Sunday, 17 May 2015

Langkawi dan Kawasan Air Terjun

Pada tanggal 30 Mei hingga 14 Jun 2015 sekali lagi cuti sekolah pertengahan tahun akan berlangsung. Pulau Langkawi memang tidak akan terlepas daripada salah satu lokasi percutian untuk sesiapa sahaja. Di sini saya ingin mengajak kepada yang ingin bercuti di Langkawi supaya menambahkan lagi aktiviti dan lokasi untuk bercuti di Langkawi dengan aktiviti berunsurkan berkelah di kawasan air terjun..Kita keluar sikit dari hendak membeli belah.

Air Terjun Pertama : DURIAN PERANGIN
  • terletak di Jalan Air Hangat
  • kawasan air terjun ini sangat bersih dan indah
  • mempunyai kemudahan seperti pondok,tandas, tempat bbq dan kawsan mandi 
  • sangat sesuai untuk semua orang
  • mempunyai titi gantung
  • kemudahan lain seperti kedai cenderahati dan kedai makan 



 Air Terjun Kedua : TELAGA TUJUH

  • Terletak berhampiran kereta kabel
  • mempunyai sejarahnya yang tersendiri (cerita mitos)
  • air terjun yang terkenal di Pulau langkawi
  • mempunyai kemudahan seperti kedai makan, cenderahati dan tandas
  • mempunyai kawasan pakir yang luas juga
  • mempunyai kawasan jejak rimba
  • berdekatan kawasan ini (di kaki bukit sebelum sampai) terdapat kawasan aktiviti berkuda
Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di kawasan air terjun ini seperti
  • berkelah
  • mandi-manda
  • berkhemah
  • fotografi
  • berehat
  • konservasi
Selamat bercuti