Sunday, 7 April 2013

Langkawi : Pulau Bertuah

Salam Mesra..
Saya baru balik dari Pulau Mabul & Semporna Sabah..Di Pulau Mabul suasananya sangat menarik dan indah..Budaya yang terdapat di sana juga sangat menarik..Budaya yang saya maksudkan ialah terdapat kaum Bajau laut..yang tinggal di dalam perahu (menjadi rumah mereka)..Anak-anaknya sudah hebat beraksi di lautan..pagi-pagi terdapat orang-orang ini menjual hasil tangkapan yang segar dan murah kepada pelancong yang datang..Walaupun begitu suasana ini menimbulkan rasa sedih dan simpati kerana mereka ini tidak boleh tinggal di darat (menurut oarang tempatan mereka akan rasa mabuk apabila berada di atas daratan) dan kanak-kanak mereka berpakaian sangat sederhana dan merayu serta meminta-minta makanan duit dan sebagainya dari pelancong yang datang ke sana..

Keadaan ini tidak terjadi di Langkawi, kerana bumi langkawi telah mengalami perubahan dari masa ke semasa dan menjadikkan penduduk yang tinggal di sini menikmati apa itu nikmat kekayaan. Saya berharap ada pihak yang boleh menjadikkan Langkawi sebagai model yang mengekalkan keindahan alam semulajadi disamping membanggunkan masyarakat dan ekonomi di Pulau Mabul..

Di Semporna saya sangat-sangat tertarik dengan pasar basahnya..Pasar ini menawarkan pelbagai jenis ikan yang sangat segar dan adakalanya ikan yang pelik-pelik yang tidak dijual di semenanjung dan Langkawi..
Satu budaya yang menarik di pasar ini adalah, penjual ikan tidak membekalkan plastik kepada pembeli ikan.Mereka menggunakkan tali atau kayu untuk pembeli untuk membawa ikan.Ikan akan diikat sahaja.Ini merupakan budaya yang sangat baik kerana menggurangkan penggunaan beg plastik..Saya juga berharap budaya yang menarik dan baik ini dapat dipraktikkan di Langkawi..












Wasalam.............

No comments:

Post a Comment